Apakah Teknik Pomodoro?
Teknik Pomodoro ialah penyelesaian pengurusan masa yang dibangunkan oleh pelajar kolej, Francesco Cirillo pada tahun 1980-an. Berdasarkan pelbagai selang masa sepanjang hari, teknik ini dinamakan sempena perkataan Itali untuk "tomato", berdasarkan pemasa dapur berbentuk tomato yang digunakan oleh Cirillo semasa menyempurnakan kaedah pengurusan masa beliau.
Struktur asas Teknik Pomodoro yang direka agar mudah untuk dilaksanakan dan pada masa yang sama, memperoleh ganjaran yang besar dari segi produktiviti ini adalah seperti berikut:
- Tetapkan matlamat/tugasan untuk dilengkapkan dalam senarai tugasan anda
- Tetapkan pemasa Pomodoro anda
- Bekerja untuk tempoh masa yang ditetapkan
- Apabila pemasa berbunyi, tandakan selang masa kerja anda dengan tanda semak
- Selepas setiap sesi kerja, berehat selama 5 minit
- Selepas sesi keempat, berehat lebih lama selama 15-30 minit
- Tetapkan semula pemasa anda dan mulakan proses sekali lagi
Apakah Pomodoro?
Selain daripada nama bagi pemasa tomato pilihan Cirillo, Pomodoro juga merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk setiap tempoh masa yang menurut teknik asal, adalah 25 minit. Maka, inilah ideanya: bekerja untuk satu Pomodoro selama 25 minit, kemudian berehat sebentar. Selepas empat Pomodoro berturut-turut, anda boleh berehat lebih lama. Apabila anda terbiasa bekerja dengan penambahan 25 minit dan membina kebolehan anda untuk fokus, maka anda boleh melanjutkan tempoh kepada 60-90 minit pada satu-satu masa. Pastikan anda bangun dan bergerak serta tidak duduk terlalu lama!
Kaedah Pomodoro moden
Dalam hal Cirillo, kaedah klasik memerlukan pemasa khusus, iaitu pemasa ketuhar Pomodoro. Anda juga boleh menggunakan penggera telefon anda.Selain itu, mudah untuk menjadualkan Pomodoro anda menggunakan apl. Gunakan pemasa ketuhar jika anda mahu. Namun, ingat bahawa apl boleh menawarkan perkhidmatan tambahan yang berguna seperti:
- Laporan dan penjejak
- Papan juara persaingan—bagus untuk pasukan
- Penyepaduan telefon dan desktop
- Had penggunaan media sosial, sekatan panggilan telefon dan pilihan penggalak tumpuan yang lain
Cara menggunakan Teknik Pomodoro di pejabat anda
Pejabat moden lebih terbuka dari sebelumnya dari segi memaksimumkan kecekapan dan budaya syarikat. Teknik Pomodoro boleh membantu meningkatkan ruang kerja dan budaya anda serta benar-benar memotivasikan pasukan anda. Teknik ini sesuai untuk karyawan bebas dan pasukan jarak jauh yang ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan dan "fokus." Jika anda mahu memastikan pasukan anda menumpukan perhatian pada satu tugas, maka galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam Pomodoro kumpulan. Kerja dan waktu rehat yang dikongsi bersama dapat membantu pasukan anda berasa lebih bersatu walaupun mereka berjauhan antara satu sama lain.
Dengan memperuntukkan tempoh masa bekerja yang kecil dengan waktu berehat yang pendek tetapi menyegarkan—serta menantikan waktu rehat lebih panjang—teknik Pomodoro boleh memuaskan hati untuk mencapai matlamat yang kecil. Waktu rehat untuk minum kopi dan makan tengah hari yang penting sepanjang hari adalah sangat digalakkan dalam struktur Pomodoro bagi membantu menjadikan waktu kerja lebih fokus dan juga mendatangkan kepuasan.
Walaupun teknik Pomodoro ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, terutamanya golongan yang sudah pandai menguruskan masa, namun teknik ini merupakan alat berharga apabila pasukan anda sangat perlu menyiapkan kerja, seperti bekerja dengan tangkas dan pada rentak yang lebih pantas.
Pomodoro untuk pemasaan akan datang
Sebaik sahaja anda dan pasukan anda sudah biasa dengan teknik Pomodoro, maka mudah untuk mengira bilangan sesi kerja yang diperlukan untuk kerja akan datang. Ini boleh menjadi cara yang hebat untuk merancang minggu atau bulan kerja anda. Cuba berikan tugas yang paling penting dalam tempoh 25 minit dahulu pada waktu pagi untuk memastikan keutamaan anda sentiasa diuruskan, walaupun anda tidak menggunakan sebarang sesi Pomodoro untuk sepanjang hari.
Anda juga mungkin mahu melaksanakan sesi Pomodoro yang ditetapkan setiap minggu. Tentukan waktu yang paling sesuai untuk pasukan anda mencapai matlamat dan masukkan waktu itu dalam diari sebagai jam tetap untuk menggunakan kaedah Pomodoro.
Alternatif terhadap Teknik Pomodoro
Jika idea di sebalik kaedah ini menarik minat anda tetapi anda tidak dapat melihat keberkesanannya dalam pasukan anda, terdapat variasi yang boleh anda cuba:
Kaedah Eisenhower
Kaedah ini sebenarnya boleh digunakan bersama dengan kaedah Pomodoro dan membantu anda menentukan keutamaan anda. Kemudian, anda boleh menangani tugas ini dalam Pomodoro. Kaedah Eisenhower memerlukan anda melukis grid empat kotak. Pada paksi mendatar, namakan satu kotak "Segera" dan satu lagi kotak dengan "Bukan Segera." Pada paksi menegak, namakan satu kotak "Penting" dan satu lagi kotak dengan "Tidak Penting". Ini menghasilkan empat kotak yang mencipta senarai tugasan yang bernombor:
- Segera dan penting, misalnya tarikh akhir, halangan projek dll.
- Bukan segera dan penting, misalnya perancangan projek
- Tidak penting dan segera, misalnya makan tengah hari dengan pasukan hari ini
- Tidak penting dan bukan segera, misalnya minum-minum selepas bekerja
Agile
Agile ialah metodologi kerja yang boleh diguna pakai untuk penggunaan sepenuh masa walaupun kaedah ini direka dan lebih sesuai digunakan oleh pengatur cara dan pembangun. Walaupun begitu, kaedah ini masih bernilai untuk pengurusan masa. Aspek paling menarik datang dalam bentuk "Pecutan." Pecutan ialah tempoh masa apabila semua orang bekerjasama untuk menyelesaikan tugas tertentu. Pecutan memerlukan ahli dalam pasukan yang berbeza untuk menyumbang kemahiran tertentu mereka dalam tugas, dengan tujuan untuk mewujudkan perkara boleh serah yang diperakui sepenuhnya pada penghujung tempoh masa tersebut.
Jadikan teknik Pomodoro berkesan untuk anda
Kaedah Pomodoro sangat boleh disesuaikan, maka anda boleh mencipta alat pengurusan masa yang sempurna buat pasukan anda. Gunakan kaedah ini untuk menetapkan tempoh kerjasama yang kukuh sekali seminggu, untuk menggalakkan pasukan anda menyiapkan tugas yang menjemukan atau untuk memastikan semua orang dapat menyiapkan semuanya sebelum tarikh akhir.
Katakanlah pasukan anda bekerja jarak jauh dan terdapat pelbagai masalah baharu yang boleh mensia-siakan usaha terbaik anda—fikirkan tentang sambungan Internet yang teruk, gangguan daripada tempat lain, dll. Dengan teknik Pomodoro, anda boleh menggalakkan pasukan anda untuk mula bekerja selama 25 minit pada satu-satu masa, lantas membolehkan mereka maju dalam penambahan sedikit demi sedikit yang penting.
Dengan meminimumkan masa anda tetapi memaksimumkan kecekapan anda, anda juga tidak perlu risau akan gangguan. Anda boleh meringkaskan kerja dan mengikuti perkembangan kerja menggunakan teknik Pomodoro.