Skip to content (Press Enter)

Cara untuk ZIP fail

Ketahui cara untuk mencipta fail ZIP pada Windows dan Mac untuk membantu mengendalikan fail besar dan pada masa yang sama, menjimatkan ruang.

Kosongkan ruang dengan Dropbox
true

Huraian format fail ZIP

Fail ZIP adalah salah satu cara paling popular untuk menjimatkan ruang cakera dan menghantar fail dan folder besar kepada komputer lain. Proses untuk mencipta fail atau folder ZIP adalah berbeza, bergantung pada jenis peranti yang anda digunakan. Kami akan menerangkan cara zip fail bagi pengguna Mac dan Windows. Kami juga akan menawarkan kaedah untuk penyimpanan dan perkongsian fail yang lebih berkesan dan boleh dipercayai

Fail ZIP ialah satu atau lebih fail yang telah dimampatkan bersama-sama di satu lokasi. Apabila fail atau folder dizip, kandungan dimampatkan. Dengan data berlebihan dikeluarkan, ia memerlukan kurang data untuk disimpan dan dikongsi. Proses ini dipanggil "pemampatan data tanpa hilang". Tanpa hilang bermakna walaupun saiz fail dikurangkan, namun fail itu sendiri tidak akan terjejas. ZIP ialah jenis arkib fail. Terdapat format lain seperti RAR dan 7-ZIP, tetapi ZIP ialah format yang paling lazim.

Mengapakah saya harus zip fail?

Fail ZIP boleh menjadi berguna jika anda mempunyai sekumpulan fail yang besar atau pun satu fail besar yang perlu anda kongsi. Banyak e-mel klien tidak akan membenarkan anda menghantar fail besar. Maka, pemampatan fail sering kali dilihat sebagai salah satu penyelesaian terbaik untuk menghantar data yang lebih besar. Anda juga boleh menggunakan fail ZIP untuk menyulitkan data peribadi sebelum menghantar data tersebut dalam talian.

Cara zip folder atau fail pada Mac

Jika anda memampatkan banyak fail bersama-sama pada macOS, anda perlu memastikan fail tersebut terkandung dalam folder yang sama. Cipta folder baru dengan fail yang ingin dimampatkan sahaja. Kemudian, anda boleh klik kanan atau klik Ctrl pada folder tersebut dan pilih "Mampatkan Item". Fail .zip akan disimpan pada lokasi yang sama dengan folder asal. 

Anda mungkin mahu memampatkan fail tertentu dalam folder tetapi bukan keseluruhan folder. Untuk melakukan ini, tekan lama kekunci Command, kemudian klik pada mana-mana fail yang ingin anda zip. Apabila semua fail telah dipilih, klik kanan dan pilih "Mampatkan [#] item". Semua item akan dimampatkan ke dalam satu fail ZIP yang dipanggil "archive.zip". Anda boleh mengubah nama dengan mengklik kanan pada fail dan memilih Namakan Semula. Ini ialah proses yang sama jika anda hanya mahu memampatkan satu fail—klik kanan pada fail dan pilih "Mampatkan [filename]".

Cara untuk membuat fail zip pada Windows 10

"Hantar Kepada" ialah proses yang serupa untuk pengguna Microsoft. Mula-mula, pastikan semua fail yang anda mampatkan berada dalam satu folder. Seterusnya, klik kanan pada folder tersebut, kemudian skrol ke pilihan "Hantar Kepada". Dalam menu "Hantar Kepada," anda sepatutnya dapat melihat pilihan "Folder Termampat". Klik folder itu dan fail anda yang dimampatkan akan disimpan ke desktop anda. 

Cara lain untuk zip fail pada Windows adalah dengan memilih fail yang ingin dimampatkan dan dalam tab "Kongsi" File Explorer, cari dan klik butang "Zip". Anda boleh melakukan ini pada mana-mana komputer Windows yang beroperasi pada Windows 8.1 atau lebih tinggi. Dengan komputer lama, anda perlu menggunakan kaedah klik kanan dan "Hantar Kepada".

Cara nyahzip fail

Untuk menyahmampat fail zip pada Mac, klik dua kali pada fail. Anda juga boleh klik kanan pada fail, apungkan kursor di atas "Buka Dengan" dan pilih "Utiliti Arkib". Fail tersebut akan dinyahzip dan folder baru akan dicipta dengan fail di lokasi yang sama dengan fail ZIP anda disimpan. 

Di Windows, anda boleh melihat kandungan folder ZIP tanpa menyahzip folder. Tetapi anda tidak boleh menyunting folder melainkan anda mengekstrak fail. Untuk berbuat demikian, klik kanan pada folder ZIP dan pilih "Ekstrak Semua". Kemudian, fail akan diekstrak dan disimpan di lokasi yang sama dengan fail ZIP. Anda boleh menetapkan lokasi yang berbeza dengan menekan "Semak Imbas" dalam wizard Ekstrak Semua. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama untuk setiap satu fail dalam folder dizip jika anda tidak mahu mengekstrak semua fail sekaligus. Klik kanan pada fail dan pilih "Potong", kemudian tampal fail di mana-mana yang ingin anda simpan.

Tambah fail pada folder ZIP sedia ada

Anda mungkin sudah mempunyai folder dizip yang anda mahu tambah lebih banyak fail. Tidak begitu rumit di Windows. Seret fail atau folder baru di atas fail ZIP, sama seperti jika anda mahu menambah fail pada folder biasa. Fail ini kini ditambahkan pada fail ZIP anda.

Tetapi bagi Mac, ini tidak mungkin berlaku tanpa penggunaan perkhidmatan pihak ketiga. Sentiasa terdapat risiko keselamatan apabila anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Terdapat beberapa pengarkib pihak ketiga seperti WinZip yang cukup dipercayai, tetapi bukan tanpa risiko. Ini terutamanya jika anda mahu zip fail peribadi. Dengan ini, cara paling selamat untuk menambah fail baru pada folder zip di Mac adalah mencipta fail zip baru dari awal.

Cara untuk mencipta fail zip yang dilindungi kata laluan

Anda boleh melindungi fail ZIP dengan kata laluan hingga tahap tertentu dengan Windows 10. Untuk berbuat demikian, klik kanan pada fail ZIP dan pilih "Sifat". Daripada tab "Umum", klik "Lanjutan". Pilih "Sulitkan kandungan untuk melindungi data," klik OK dalam tetingkap Lanjutan, kemudian klik OK dalam tetingkap Sifat untuk menyimpan perubahan anda. Anda akan menyedari bahawa ikon fail kini menunjukkan mangga kunci. Anda masih akan dapat membuka fail jika anda log masuk ke akaun anda, tetapi akaun lain tidak akan dapat mengakses fail tersebut. 

Untuk pengguna Mac, pilihan anda adalah lebih terhad. Tiada cara untuk melindungi fail ZIP dengan kata laluan secara terus di Mac. Anda perlu berusaha lebih sedikit dengan menggunakan Terminal. Ia agak rumit dan memandangkan terdapat pilihan lain yang tersedia, ini merupakan proses yang tidak perlu. Sekali lagi, terdapat banyak apl pihak ketiga yang boleh anda gunakan untuk melindungi fail ZIP pada Windows dan Mac. Tetapi memberikan akses perisian pihak ketiga kepada fail anda yang tidak dilindungi boleh membawa kepada isu keselamatan.

Kelemahan fail ZIP

Bagi kebanyakan bahagian, fail ZIP ialah penyelesaian yang berkesan untuk mengurangkan saiz fail. Tetapi ia tidak berkesan untuk setiap jenis fail. Misalnya, fail MP4 dan JPEG sudah sangat termampat dan zip kedua-dua fail ini tidak akan memampatkan lagi fail tersebut. Oleh itu, walaupun fail ZIP sepatutnya mengurangkan saiz fail, namun bagi fail tertentu, pengurangan ini tidaklah begitu besar. Anda hanya boleh memampatkan fail sedikit sahaja tanpa merosakkan fail tersebut. Terdapat juga risiko bahawa proses pemampatan boleh menjejaskan atau merosakkan fail anda. Selain itu, memampatkan atau menghantar fail yang dimampatkan melibatkan beberapa langkah tambahan. Terdapat alternatif bagi fail ZIP yang boleh melakukan tugas ini dengan lebih berkesan.

Alternatif buat fail ZIP

Dengan batasan yang dihuraikan di atas, anda mungkin mendapati bahawa memampatkan fail bukanlah penyelesaian terbaik untuk anda. Fail ZIP ialah kaedah yang bagus untuk menjimatkan ruang pada peranti anda, tetapi ia menjadikan akses sukar. Untuk menggunakan fail dalam arkib ZIP, anda perlu mencari ZIP yang mengandungi fail itu dan menyahzip sebelum membuka fail tersebut. Ini boleh memakan masa dan menjadi berselerak dengan mudah. Lebih baik anda mencari pilihan yang membolehkan anda menyimpan fail anda pada saiz asal tanpa mengambil ruang pada komputer anda. Dan ketika itulah penyimpanan awan memainkan peranan. Apabila anda menggunakan Dropbox, anda boleh menyimpan fail sebagai dalam talian sahaja. Fail tersebut tidak mengambil sebarang ruang pada komputer anda dan anda boleh mengakses fail tersebut dari mana-mana sahaja melalui internet. 

Dengan Dropbox, anda boleh memuat naik sebarang saiz fail, dalam mana-mana format fail, dan berkongsi fail dengan beberapa klik. Anda tidak meletakkan risiko kerosakan fail semasa pemampatan. Anda boleh memuat naik dengan lancar dan menghantar fail besar dengan serta-merta serta anda boleh melangkau beberapa langkah dalam proses. Walaupun anda masih perlu menggunakan fail ZIP–anda boleh menyimpan dan menghantar fail ZIP daripada Dropbox. Anda juga boleh pratonton fail dizip melalui Dropbox sendiri. 

Dengan apl desktop Dropbox, memindahkan fail anda ke Dropbox adalah semudah seperti menyeret fail ke dalam folder Dropbox. Seret dan lepaskan fail secara terus ke dalam Google Chrome, Safari atau apa-apa pelayar yang anda gunakan untuk melihat apl web. Kemudian, berkongsi fail dan folder anda semudah mengklik "Kongsi" dan memilih orang yang ingin dihantar fail dan folder tersebut. Fail dan folder yang dikongsi oleh anda adalah selamat seperti mana-mana fail ZIP. Dropbox juga boleh melangkah lebih jauh dengan perlindungan kata laluan. Sekarang hanya orang yang anda berikan akses dan memiliki kata laluan boleh membuka fail. 

Anda dan pasukan anda boleh berkongsi dan menyunting fail serta folder melalui Dropbox sendiri. Anda tidak lagi perlu mencipta dan menghantar fail ZIP baru setiap kali fail anda dikemas kini. Segala-galanya di Dropbox dikemas kini apabila anda dan pasukan anda menyunting. Kerjasama adalah jauh lebih berkesan tanpa berbilang versi pada pemacu keras yang berbeza. 

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama.

Bermula dengan Dropbox untuk pasukan