Tidak semua orang menghargai kemudahan rakaman skrin atau memiliki alat yang sesuai untuk menjadikan rakaman berfungsi bagi mereka. Mujurlah, terdapat cara percuma dan mudah yang boleh anda gunakan pada Windows untuk mengambil video skrin anda.
Klik untuk langkau ke bahagian:
- Cara merakam skrin anda pada Windows 11 menggunakan Alat Menggunting
- Cara merakam skrin anda pada Windows 10 dengan menggunakan Xbox Game Bar
- Cara merakam skrin anda pada Windows menggunakan Dropbox
Tangkapan atau rakaman skrin dapat memberikan kesan yang besar kepada beberapa bidang yang semakin penting:
- Kerjasama dari jarak jauh, bekerjasama di mana-mana sahaja—pada bila-bila masa
- Pembentangan kepada klien, kagumkan klien dengan visual yang menawan
- Latihan pasukan, tingkatkan kemahiran dengan mencipta video yang menarik.
Ia menjimatkan masa dan usaha anda dengan mengurangkan keperluan untuk menerangkan semuanya secara lisan. Di samping itu, merakam diri anda ketika melakukan sesuatu dan membolehkan orang lain menonton kemudian boleh menjadi lebih mudah.
Jika anda berada di sini kerana anda perlu merakam video skrin dan diri anda pada masa yang sama, langkau ke depan ke bahagian Dropbox.
Cara merakam video pada Windows 11 dengan menggunakan Alat Menggunting
Alat Menggunting Windows merupakan cara yang mudah untuk merakam video dengan segera. Alat Menggunting berguna untuk klip pantas dan mengambil tangkapan skrin yang sedia untuk digunakan dalam beberapa klik.
Anda tidak boleh menggunting video dalam Windows 10, tetapi jika anda menggunakan Windows 11, cubalah dengan melakukan langkah-langkah berikut.:
- Buka apl Alat Menggunting, anda boleh mencari dalam kotak carian menu Mula.
- Togol suis kamera kecil/kamera filem pada bar alat supaya ia ditetapkan kepada fungsi Rakam.
- Tekan Baru untuk mengaktifkan mod rakaman serta seret dan lepaskan segi empat ke kawasan yang ingin anda tangkap.
- Tekan Mula, ia akan mengira detik dan alat akan mula merakam.
- Tatal, klik atau alihkan seperti yang anda kehendaki semasa merakam skrin, dan klik Berhenti setelah anda selesai.
Pratonton akan dipaparkan dan anda boleh semak/simpan video—secara lalai, rakaman akan pergi ke folder “Video” anda.
Alat Menggunting mempunyai beberapa had. Walaupun berguna untuk mempunyai pilihan yang percuma dan sedia pasang, terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan Alat Menggunting untuk video yang perlu diambil perhatian:
- Tiada keupayaan untuk merakam audio
- Tiada keupayaan penyuntingan terbina dalam
- Tiada sokongan berbilang format (hanya MP4)
Walaupun keringkasan alat ini boleh membantu dalam keadaan yang terdesak, Alat Menggunting ini secara umum hanya praktikal untuk klip pendek dan tangkapan skrin.
Cara merakam video skrin anda pada Windows 10 dengan menggunakan Xbox Game Bar
Pengguna Windows 10 boleh menggunakan Xbox Game Bar, tetapi ini juga pilihan untuk Windows 11. Ia bagus untuk klip yang lebih panjang (dan membolehkan anda merakam audio), terutama sekali untuk perkara seperti permainan dan demo apl.
Anda boleh mencuba sekarang (Alat Menggunting dan Game Bar merupakan apl asli) dengan melakukan perkara berikut:
- Tekan kekunci Windows + G untuk membuka Game Bar, atau cari dalam kotak carian menu Mula.
- Klik ikon Kamera dan kemudian pilih butang Rakam yang kecil dan bulat untuk mula mengambil video.
- Jika anda ingin merakam audio juga, togol ikon Mikrofon—jadi tiada halangan melaluinya.
- Klik ikon Berhenti yang berbentuk segi empat sama apabila anda sudah bersedia—ia berada di tempat yang sama anda mengklik Rakam.
- Setelah anda selesai, klik butang Lihat tangkapan saya untuk melihat rakaman sekali lagi atau melihat fail.
Secara lalai, video ini disimpan dalam subfolder yang dipanggil Capture, yang terdapat dalam folder Video anda.
Berikut ialah kekurangan menggunakan Xbox Game Bar untuk merakam video:
- Anda dihadkan kepada maksimum 30 minit rakaman dalam satu masa
- Tiada keupayaan penyuntingan atau anotasi/pascapenerbitan
- Tidak menggunakan ciri-ciri lain jika anda hanya mahu merakam video—seperti penyepaduan permainan
- Direka khas untuk merakam dan berkongsi klip permainan
Berbeza dengan Alat Menggunting, Xbox Game Bar merakam audio. Namun, perlu diingat bahawa rakaman audio, bersama-sama dengan semua ciri lain, telah dibangunkan dengan mengambil kira ciri tangkapan permainan.
Jadi, jika anda memerlukan alat rakaman video lanjutan untuk profesional dan kolaborator, tidak perlu mencari lebih jauh daripada Dropbox.
Cara merakam video pada Windows dengan menggunakan Dropbox
Walaupun Alat Menggunting dan Xbox Game Bar merupakan cara terbina dalam untuk merakam skrin anda pada Windows, ia mempunyai had. Dropbox ialah alat rakaman video merentas platform, yang dibina khas untuk profesional dan aliran kerja moden.
Sesiapa sahaja boleh mencuba secara percuma untuk memulakan, dan mengambil rakaman skrin adalah sangat ringkas seperti beberapa langkah berikut:
- Buka apl Dropbox.
- Klik Rakaman skrin + Kamera atau Rakaman skrin.
- Pilih bahagian skrin anda yang ingin anda tangkap.
- Klik ikon Bulatan Merah dalam panel sebelah kiri untuk mula merakam—klik sekali lagi untuk berhenti merakam.
Video akan dibuka secara automatik dalam tab baru, tempat anda boleh menonton, membuat penyuntingan atau berkongsi dalam beberapa klik. Dropbox berfungsi pada macOS dan Windows dan termasuk beberapa ciri tambahan lain:
- Rakam skrin penuh anda, atau sebahagian daripada skrin, tambah anotasi, serlahkan atau lukis—untuk lebih fleksibiliti
- Tangkap video dan audio berkualiti tinggi daripada kamera web anda, skrin atau kedua-dua itu sekaligus
- Berkongsi dengan mudah bersama orang lain, tambah tera air dan simpan dengan selamat dalam akaun Dropbox anda
Dropbox ialah alat rakaman skrin yang serba boleh, direka bentuk khusus untuk komunikasi yang cepat dan mudah.
Dropbox sangat sesuai untuk merakam video pada Windows kerana ia melakukan semua perkara—tangkapan skrin dan klip yang pantas/ringkas, video atau strim yang lebih panjang dan banyak lagi. Cubalah dan mula merakam skrin anda dalam beberapa saat.
Lihat pendapat yang dikatakan oleh salah seorang pengguna profesional kami tentang cara Dropbox menambah baik aliran kerja mereka:
Apabila saya menerima pertanyaan tentang, bagaimana cara untuk melakukan perkara ini?, sangat mudah merakam video dengan pantas untuk merakam proses itu dan mengirimkan video tersebut, berbanding dengan melakukan panggilan video atau menghantar e-mel mahupun menulis dokumen. Dengan menonton video berdurasi satu minit yang dapat menyelesaikan masalah, pekerja kami juga dapat mengembalikan masa yang biasa digunakan untuk menyelesaikan masalah. Capture menjimatkan masa.
Ingin ketahui lagi tentang menggunakan Dropbox? Lihat Cara merakam skrin anda untuk butiran lanjut.
Cara Dropbox menambah baik aliran kerja anda
Dropbox membenarkan anda menggantikan sepenuhnya Alat Menggunting pada Windows 11 dan elakkan menggunakan Xbox Game Bar pada Windows 10, tetapi ia juga menambah baik aliran kerja anda dalam beberapa cara yang sangat praktikal:
- Kurangkan bilangan mesyuarat, Dropbox membolehkan anda bekerja secara tidak selaras dengan menghantar video tutorial, pembentangan atau kemas kini status kepada pasukan untuk dilihat apabila mereka mempunyai masa
- Kurangkan masa untuk suai tugas, yang boleh dilakukan dengan menggantikan e-mel yang tidak diperlukan, dokumen latihan dan bimbingan secara bersemuka melalui video cara yang kreatif
- Perkemaskan pembentangan dan kurangkan penjadualan yang ketat, dengan pembentangan atau cadangan yang diperibadikan yang boleh anda kongsikan dengan selamat bersama pihak berkepentingan utama
- Tidak sesekali menukar apl—kongsi, tangkap dan sunting video, semuanya di satu tempat
Jika anda seorang yang banyak menjawab soalan dalam pekerjaan anda, Dropbox ialah alat yang sesuai untuk menunjukkan dan bukannya memberitahu—dan memudahkan orang untuk mendengar atau berinteraksi dengan anda melalui rakaman skrin.