Jangka perhatian dan cara untuk fokus dengan lebih baik
Anda sudah bekerja sehingga lewat malam tanpa henti dan bangun pagi dengan mata yang letih setelah berminggu-minggu melakukan berbilang tugas yang menyebabkan kekurangan perhatian. Kemudian, pada suatu hari, anda memang memerlukan jangka perhatian yang berterusan untuk tugasan yang penting anda tidak dapat melakukannya. Mengetahui cara untuk fokus dengan lebih baik di tempat kerja ialah kemahiran yang penting tetapi bagaimanakah anda dapat melakukannya apabila anda sudah letih?
Sama ada anda seorang kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam di dalam kelas atau anda seorang ulat buku yang tidak ada masalah memberikan perhatian, namun sebagai seorang dewasa, memberikan perhatian di tempat kerja masih menjadi suatu cabaran.
Akan tetapi, kali ini semuanya terbeban pada anda: dalam persekitaran kerja, pengurusan masa, pemilihan keputusan dan jangka perhatian anda yang tertib adalah milik anda seorang. Kehilangan tumpuan boleh menjejaskan pasukan besar dan kecil secara negatif. Sebagai karyawan bebas atau pemilik perniagaan kecil, mengetahui cara untuk menumpukan perhatian pada kerja sementara mengendalikan berbilang projek memastikan usaha anda berhasil.
Meningkatkan fokus anda untuk membantu anda menyiapkan tugas merupakan sesuatu yang begitu memuaskan. Anda bukan sahaja akan menikmati prestasi yang lebih baik, tetapi anda juga mungkin mendapati gaya hidup anda berubah menjadi lebih baik. "Keseimbangan kerja/kehidupan" yang tidak seimbang sering kali menjadi punca utama pekerja tidak puas hati semasa bekerja. Kajian sebenarnya mendapati bahawa meningkatkan produktiviti anda mungkin merupakan perkara penting untuk mengatasi cabaran itu berbanding dengan menumpukan pada status keseimbangan kerja/kehidupan anda. Sudah tentulah, fokus yang lebih baik bermula di rumah.
Cara untuk meningkatkan fokus dengan tidur yang lebih baik
Apa-apa pun matlamat anda, sama ada menyiapkan projek, mencapai persetujuan, mengharungi tunggakan kertas kerja—anda wajib mempunyai tidur yang berkualiti. Anda tidak akan dapat melakukan apa-apa atau sekurang-kurangnya melakukan apa-apa dengan baik jika anda berasa letih. Banyak kajian mengatakan bahawa tidur mempengaruhi produktiviti kerja. Tidak hairanlah apabila kebanyakan genius yang paling produktif di dunia tidur siang untuk mengekalkan tenaga mereka. Jika anda mengetuai pasukan, maka masa anda mungkin terlalu bernilai untuk diluangkan pada tidur siang, tetapi anda masih harus memastikan bahawa anda mendapat rehat yang diperlukan setiap malam atau pun mencuri peluang yang ada semasa waktu siang. Pasukan yang berfungsi jarak jauh atau tersebar di beberapa tingkat mungkin menyebabkan anda untuk beralih antara jabatan atau peranti untuk memastikan projek anda tetap berjalan lancar. Nasib baiklah Dropbox membantu mengeluarkan keperluan untuk berbuat mana-mana pun dan berehat selama lima minit sambil berfikir juga boleh meningkatkan fokus dan kesihatan otak anda.
Tidur memberikan masa rehat dan pemulihan yang sangat diperlukan oleh minda dan tubuh kita. Tempoh tidur yang disarankan untuk kebanyakan orang dewasa adalah antara tujuh hingga sembilan jam pada waktu malam. Tidur yang kurang dari tempoh ini boleh menyebabkan anda kurang tidur, tetapi terlebih tidur juga boleh menyebabkan paras tenaga yang rendah. Sememangnya bekerja lebih masa akan membantu mengurangkan beban kerja anda dan anda boleh mengganti balik tidur anda pada hujung minggu, tetapi akhirnya, ini akan bertentangan dengan intuisi.
Pastikan anda menjaga waktu tidur dengan baik setiap malam. Sekat panggilan telefon dan pesanan teks sebelum tidur dan jika boleh, simpan telefon anda di bilik yang berlainan. Tetapkan masa anda untuk berehat dan bersantai. Apabila anda mencari peluang agar tenaga mental anda benar-benar pulih pada penghujung hari, maka anda akan bangun dengan rehat yang cukup serta bersedia untuk bekerja pada keesokan harinya.
Cara untuk fokus pada kerja dengan pemikiran keprihatinan
Konsep seperti "Kerja Mendalam" dan "Amalan Terancang" adalah berdasarkan idea menguasai minda anda sendiri. Pengamalan keprihatinan semakin dilihat sebagai kunci kepada produktiviti.
Bayangkan seorang pemain golf yang menghayun kayu berkali-kali. Tanpa keprihatinan, hayunan itu tidak lebih daripada tabiat lazim apabila pemain golf itu melengkapkan senaman bagi hayunan sasaran mereka dalam sehari. Amalan terancang memerlukan setiap hayunan dianalisis agar penambahbaikan berlaku daripada hayunan pertama sehingga hayunan kedua, dalam peningkatan yang kecil dan terancang.
Tempat kerja mungkin bukan padang golf, tetapi peraturan yang sama diguna pakai. Daripada pergi ke pejabat dan berharap bahawa kemahuan dan tahap tenaga tinggi sahaja akan memastikan hari yang berjaya (yang tidak masuk akal), lebih baik untuk anda memerhatikan setiap segmen harian anda dengan lebih teliti.
Adakah anda bangun pada waktu yang sama setiap hari? Adakah anda memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mandi dan bersiap? Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menikmati sarapan dan makan hidangan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi? Jika jawapannya adalah tidak, maka meningkatkan fokus anda bermula di situ. Mudah sahaja. Pokoknya: anda boleh mula meningkatkan fokus anda di tempat kerja dengan menambah baik rutin pagi anda.
"Kerja Mendalam" beroperasi dengan cara sama dan merujuk pada pengasahan tugas sebaik sahaja anda menghapuskan gangguan. Sekiranya anda telah berusaha untuk menyekat diri daripada menggunakan telefon sebelum tidur dan anda berdisiplin dengan rutin bangun anda, maka anda boleh memindahkan pemikiran yang sama ini dengan mudah untuk menguruskan beban kerja anda dan daripada situ, anda juga boleh membantu pasukan anda membuat perubahan yang meningkatkan kehidupan ini.
Keprihatinan membantu anda sedar dan bersedia untuk meninggalkan tabiat yang buruk sementara memupuk tabiat yang baik sebagai pengganti. Ini merupakan kaedah yang penting untuk meningkatkan produktiviti anda. Lagipun, tiada sesiapa bersedia untuk bekerja jika mereka tiba dengan letih dan lapar selepas perjalanan yang tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.
Peningkatan produktiviti di tempat kerja dengan alatan digital
Sebaik sahaja anda meningkatkan fokus anda daripada penubuhan tabiat harian anda, anda juga boleh mula memperkenalkan alatan luar. Walaupun semua orang bertanggungjawab untuk tidur di luar jam bekerja, penggunaan alatan digital boleh membantu anda dan pasukan anda agar kekal fokus dan lebih teratur di pejabat.
Menghubungkan pasukan anda dengan akaun perniagaan Dropbox boleh membantu anda melakukan perkara tersebut. Anda tidak perlu lagi beralih antara folder, tetingkap dan peranti yang berbeza untuk mencari fail ahli pasukan anda mahupun bergegas di antara jabatan untuk mencari mereka. Jika masa adalah penting, maka Dropbox ialah hab digital yang membolehkan anda melihat segala-gala yang anda perlukan di satu tempat.
Daripada mengundang semua orang menghadiri mesyuarat, anda boleh menjimatkan masa yang berharga dengan video yang diprarakam. Anda boleh membuat, alih suara, penanda dan berkongsi dengan mudah dengan Dropbox Capture, sama ada kandungan merupakan video, tangkapan skrin atau GIF.
Tidak boleh lagi bersembunyi di sebalik "Saya terlepas memo." Tiada lagi pembaziran masa bergegas di sekeliling pejabat untuk mencari orang yang melakukan tugasan tertentu, sambil terganggu dengan perbualan kecil dalam perjalanan. Sebaik sahaja anda benar-benar fokus, anda bebas untuk menjadi lebih produktif sementara menikmati perkara yang anda lakukan.
Cuba tempoh tanpa digital
Alatan digital ialah perkara yang bermanfaat, tetapi terdapat perbezaan antara alatan kerja produktif seperti Slack atau Trello dan gangguan digital seperti media sosial dan teks. Produktiviti tempat kerja adalah tentang bersikap komited dan fokus pada masa sekarang. Anda boleh menghapuskan gangguan yang mengurangkan produktiviti dengan serta-merta melalui pengabaian rakan dan pengikut anda. Jangan terpedaya dengan perangkap "Saya nak lihat sedikit sahaja" kerana anda tidak perlu melihat pada mesej pun untuk memikirkan dan terganggu olehnya.
Jika kebimbangan utama anda pada pukul 9 pagi ialah suapan berita media sosial anda, anda pasti akan kehilangan motivasi untuk bekerja apabila hamparan terkini masuk dalam peti masuk anda pada pukul 9:05. Perkara yang sama boleh berlaku dengan beratus-ratus program berbeza yang anda gunakan setiap hati. Walau bagaimanapun, ruang kerja pintar Dropbox memberikan anda dan pasukan anda akses pusat kepada semua apl dan fail anda yang paling penting, lantas menghapuskan keperluan untuk sentiasa bertukar antara apl dan platform—selama-lamanya. Anda boleh meletakkan fail daripada Slack secara terus pada papan Trello pasukan anda, tanpa sesiapa perlu menyaring tab pelayar mereka. Dengan Dropbox, anda dapat mengelakkan gangguan dan pada masa yang sama, masih terhubung.
Bekerjasama dan dengar
Kerjasama ialah perkara lain yang menyebabkan orang ramai cenderung untuk hilang tumpuan. Walaupun anda bekerjasama dengan lancar bersama pasukan yang terdiri daripada belasan ahli, namun pemberitahuan dan soalan tanpa henti juga merupakan gangguan berterusan. Akan tetapi, dengan alatan produktiviti yang betul, kerja berkumpulan boleh jadi mengujakan dan menyeronokkan serta bukan menjengkelkan. Di Dropbox, anda boleh kekal berhubung dengan pasukan anda, komen dan mengagihkan tugas merentasi apl dan peranti yang berbeza, maka mudah untuk anda menjadi petugas teras. Anda boleh mencipta dan mengedit sebagai satu pasukan dalam Dropbox Paper, menetapkan tarikh akhir, meminta fail dengan selamat dan memperkemaskan aliran kerja anda dengan kebolehlihatan sepenuhnya, maka ada mengetahui perkara yang dilakukan oleh semua orang dengan jelas. Dengan meningkatkan produktiviti, anda juga boleh menambah waktu rehat pendek agar anda boleh berkumpul semula semasa hari yang memberikan tekanan tinggi. Jika anda bekerja berseorangan, maka alatan ini boleh membantu anda mengikuti perkembangan segala-galanya pada senarai tugasan anda sementara membolehkan anda menjemput klien dengan selamat untuk berkongsi maklum balas.
Kekal fokus
Sekiranya anda ingin mengetahui cara untuk fokus dengan lebih baik, maka penting untuk anda memahami bahawa fokus anda bukanlah sesuatu yang wujud semasa bekerja sahaja. Apabila anda belajar untuk mengamalkan keprihatinan dalam kehidupan harian anda—dari waktu jam penggera anda berbunyi pada waktu pagi sehingga waktu kepala anda berada di atas bantal pada waktu malam—anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk fokus secara mendadak. Akhir sekali, anda akan menjadi lebih kuat dalam kerja anda, lantas memberikan yang terbaik dalam pasukan anda dan dapat menikmatinya dengan lebih baik.