Dropbox menyediakan alatan untuk membantu pasukan kekal teratur dan memastikan kerja bergerak maju—dari mana-mana jua. Apabila lebih banyak pasukan perniagaan bekerja jarak jauh, memastikan semuanya teratur adalah lebih penting kini. Dalam dunia pasukan teragih, kolaborator tidak bekerja secara serentak dan agak mencabar untuk memastikan semua orang selaras. Bayangkan tempat yang mana anda dan pasukan anda boleh melihat semua komponen projek penting dengan sekilas pandang—semua fail, komen, mesyuarat akan datang, tugasan, tarikh akhir dan juga garis masa. Selamat datang ke Spaces.
Penciptaan Space membolehkan anda menguruskan projek dari awal sehingga selesai. Tag kolaborator anda untuk menambah mereka dalam projek, mengagihkan tugas dan menyimpan serta mengedit fail seperti PDF, foto, dokumen awan dan hamparan. Sertai beta kami untuk bermula.