Skip to content (Press Enter)

Cara firma hartanah digital menggunakan ruang kerja pintar untuk kekal tangkas

4 Jan 2022

Exporo ialah penyedia pelaburan hartanah digital terkemuka Jerman, membolehkan individu untuk meraih saham dalam projek hartanah. Walaupun syarikat lain bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pergerakan kerja dari jauh, Exporo telah menggunakan alat Dropbox seperti HelloSign dan Paper untuk menjadi lebih kukuh berbanding sebelumnya.

Dua orang pekerja sedang melihat komputer dan tersenyum

Exporo ialah pasaran dalam talian secara percuma dan mudah digunakan yang membenarkan pelabur persendirian untuk membuat pelaburan sebarang saiz dalam projek hartanah. Sebelum memulakan platform mereka, syarikat hartanah bergantung kepada bank untuk mendapatkan pinjaman atau pelabur berwang banyak bagi menjalankan projek mereka. Hari ini, Exporo telah berkembang dengan lebih daripada 200 orang pekerja di seluruh dunia.

Merancang untuk pertumbuhan yang pesat, Exporo telah membina model perniagaan digital dengan aliran kerja digital tangkas yang akan berkembang bersama syarikat. Mereka percaya bahawa perniagaan yang ingin bertindak balas dengan pantas dan fleksibel perlu menyediakan proses mereka sewajarnya. Itulah sebab model bekerja yang fleksibel, waktu kerja tidak selaras dan kepercayaan terhadap ahli pasukan mereka adalah sebahagian daripada nilai asas syarikat—kerja pasukan mereka adalah lebih penting berbanding tempat atau cara kerja dilakukan. Exporo menggunakan alatan kerjasama berasaskan awan Dropbox untuk mengumpulkan semua pihak berkepentingan dan memastikan kejayaan syarikat.

Orang berada di patio atas bumbung gembira bekerja bersama-sama

Memautkan semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran pada satu pelantar

Memandangkan Exporo mempunyai ahli pasukan dan rakan niaga pihak ketiga di seluruh dunia, mereka memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mencipta dari jauh. Dropbox membenarkan kerjasama yang lancar dalam kalangan ahli pasukan dalaman dan rakan niaga luaran mereka. Folder kongsian membolehkan pekerja untuk menyediakan tempat yang mana mereka boleh mengatur elemen kerja harian mereka. Kemudian, dengan Paper, mereka boleh bekerja secara intuitif pada pelbagai tugas—daripada lakaran pantas kepada rancangan projek yang mendalam. Selain itu, Paper membolehkan ahli pasukan berkumpul dalam masa nyata atau secara tidak selaras untuk bekerjasama pada dokumen interaktif.

Dropbox ialah pusat kebenaran tunggal kami apabila berkaitan dengan dokumen korporat kami. Daripada bahan pemasaran kepada invois sehinggalah sandaran data individu untuk semua pekerja kami, semuanya disimpan secara berpusat dalam Dropbox.

Sören Krüger, Pegawai Keselamatan IT di Exporo

Sebuah tempat kerja pintar untuk mengatasi cabaran biasa dan luar biasa

Menggunakan Dropbox telah membolehkan pasukan Exporo mengelakkan cabaran perniagaan yang tipikal dari awal. Contohnya, sesuatu yang sebegitu biasa seperti bertukar kepada perkakasan baharu boleh menjadi rumit tanpa sengaja dan data boleh hilang. Memandangkan semua fail sentiasa tersedia dan boleh dijejaki dalam awan, Exporo boleh mengurus semua perkara secara berpusat. "Terima kasih kepada ciri-ciri yang direka bentuk dengan sangat baik seperti sejarah versi, banyak 'nyawa data' yang telah diselamatkan di Exporo," kata Simon Brunke, Ketua Pegawai Eksekutif Exporo.

Selain itu, dalam dunia hartanah, banyak dokumen memerlukan tandatangan yang sah di sisi undang-undang dan apabila berurusan dengan kertas, mendapatkan tandatangan boleh melambatkan proses. Menggunakan HelloSign membolehkan Exporo berkongsi dokumen digital dengan mudah. Jadi, mendapatkan tandatangan daripada seseorang yang berada jauh di pelosok dunia hanya memerlukan beberapa klik sahaja. Semasa pandemik COVID-19 khususnya, HelloSign telah terbukti sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Daripada perlu menyusun timbunan folder dengan perjanjian dan kontrak di atas meja, Exporo boleh melakukan semua kerja yang berkaitan tandatangannya dari jauh.

Ruang kerja yang optimum memudahkan dan meningkatkan kerjasama dengan rakan sekerja, bukan merumitkannya, seperti yang berlaku pada kebanyakan penyelesaian di pasaran.

Simon Brunke, Ketua Pegawai Eksekutif Exporo
Bagi kebanyakan syarikat, peralihan mengejut untuk bekerja dari rumah merupakan satu cabaran yang besar. Tetapi bukan untuk Exporo. Sebaliknya, mereka boleh menyokong model kerja teragih dengan mudah apabila cara kerja itu diperlukan kerana proses tersebut telah tersedia. Mulai sekarang, membenarkan pekerja untuk terus bekerja dari rumah adalah mudah kerana Dropbox membolehkan mereka menyimpan dan mengakses segalanya, di mana-mana jua, pada bila-bila masa.

Terokai cara yang lebih baik untuk bekerja bersama

Mari bermula dengan Dropbox Business