Bagaimanakah tiga orang pendidik menggunakan teknologi untuk pembelajaran jarak jauh, dan apakah yang dipelajari oleh mereka tentang potensi selepas pandemik.
Seiring dengan keadaan dunia yang masih terbatas, pandangan orang tentang apa yang penting dan tidak penting juga sedang berubah. Makan malam di luar pada malam Jumaat? Amat diidamkan tetapi boleh dikorbankan. Mahu memotong rambut? Malapetaka telah berlaku—tetapi rambut tetap akan tumbuh lagi. Kehilangan kerja dan impak ekonomi? Amat teruk. Dan akan terdapat akibat yang kekal untuk ramai orang. Tetapi—pada gambaran besarnya—keadaan ini bukanlah kemelesetan global yang pertama, dan tentunya ia bukan yang terakhir, dan keadaan pasti akan menjadi lebih baik pada jangka masa depan.
Tidak seperti gaya rambut yang buruk atau kehilangan pendapatan, tiada cara lain untuk menggantikan tahun-tahun pendidikan yang penting untuk seorang pemuda. Anda hanya akan memasuki tahun satu sekali seumur hidup, mempelajari perbezaan antara batuan obsidian dengan batuan enapan—jika anda bernasib baik, pelajaran ini dijalankan dengan lawatan lapangan. Tahun pertama di makmal biologi, dengan semua kemalangan yang berkaitan dengan pembakar bunsen, hanya berlaku satu kali seumur hidup.
COVID-19 telah mengubah keadaan pendidikan pada tahun 2020, dengan menutup sekolah yang mendidik lebih satu bilion kanak-kanak, dan mempengaruhi 90% populasi pelajar di seluruh dunia. Ibu bapa telah bertindak balas dengan usaha pembelajaran di rumah dan guru-guru K-12 telah cuba mengekalkan pelajaran dengan tahap keberkesanan yang berlainan. Salah seorang rakan saya, Laura, seorang guru tahun dua, memberitahu saya tentang kesukaran untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak dengan video. "Mereka hanya ingin menunjukkan mainan mereka kepada saya," katanya.
Kehilangan satu semester sekolah atau seluruh tahun persekolahan boleh menjadi lebih teruk daripada suku tahun kewangan yang kurang baik untuk suatu perniagaan. Dan dengan kemungkinan berulangnya wabak virus ini, tiada orang tahu tempoh yang sekolah akan kekal ditutup.
Buat masa sekarang, orang yang masih bernasib baik untuk memiliki sumber sedang bergantung pada teknologi. Walaupun begitu, Christina Paxson, Presiden daripada Brown University, memberitahu New York Times bahawa tiada penggantian penuh untuk "perbahasan cendekiawan yang hangat yang tidak sama dengan penggunaan Zoom, peluang penyelidikan di dalam makmal universiti dan perpustakaan serta interaksi peribadi antara pelajar dengan sudut pandangan dan pengalaman hidup yang berbeza." Tetapi kami mendapati bahawa sekolah, pendidik dan pelajar adalah amat bergantung pada teknologi sekarang, sebagai pelengkap untuk urusan mereka. Dan perkara tersebut mungkin mempunyai kesan yang berpanjangan melampaui tahun 2020.
Ezio Blasetti ialah seorang Pensyarah dalam program seni bina Siswazah di University of Pennsylvania Stuart Weitzman School of Design, yang kini sedang mengajar seminar Bentuk Komposit Komputasi. Dengan kata yang lebih mudah, pelajar seni bina beliau sedang memprogram robot untuk membina bangunan. Kelasnya itu sedang dalam proses membina pemasangan untuk Venice Biennale, iaitu salah satu acara seni bina berprestij di dunia, tetapi acara tersebut kini ditangguhkan oleh sebab keadaan Itali yang masih sedang memulih. Walau bagaimanapun, pembelajaran tidak berhenti: kelasnya ialah penerokaan ke dalam disiplin seni dan disiplin kejuruteraan dan matematik yang sangat teknikal.
Sejak Penn menutup kampusnya pada 11 Mac, termasuk makmal robotik yang pelajar menguji dan mengulangi ciptaan mereka, kelas Blasetti telah beralih secara maya kepada Dropbox dan Zoom. Agenda kelas, tugasan dan perkongsian aset dan idea dijalankan dengan Dropbox Paper.
"Dropbox adalah amat penting bagi saya untuk mengumpulkan semula kelas saya," kata Blasetti. "Potensinya bukan sahaja pada peletakan maklumat di satu tempat. Kami menggunakannya sebagai pengumpul banyak idea yang berbeza yang berkesan atau tidak berkesan sepanjang kitaran projek, dan sebagai titik permulaan untuk perbincangan."
“Dropbox Paper mirip dengan kelebihan ruang kerja fizikal," tambah seorang pelajar Penn bernama Kevin He. "Cara anda boleh berkongsi secara berkumpulan, mempunyai sejarah penyuntingan; saya mula melihat cara teknologi memberikan kelebihan. Kami boleh menambah pada aliran kerja kami terutamanya kerana kami sering bekerja dengan fail besar yang tidak boleh die-melkan ke sini dan sana. Jadi kami mendapati ia sangat intuitif dan berguna."
Walaupun semua orang berada di tempat yang berbeza, kelas menggunakan Paper sebagai tempat pertemuan maya untuk berkumpul—walaupun itu bermaksud mereka "melihat" profesor mereka lebih daripada biasa. "Kesegeraan berasa seperti perubahan yang sangat dramatik," kata pelajar James Billingsley. "Pada bila-bila masa, pengajar mungkin masuk ke ruang tersebut dan mula terlibat dengan kerja itu."
Billingsley meneruskan: “Kami masih tidak begitu biasa dengan mod perhubungan tersebut. Kadang-kadang amat mengejutkan, contohnya, semasa berbincang tentang kerja itu secara kasual dengan pelajar kemudian seorang profesor memasuki ruang secara tiba-tiba. Persekitaran tersebut lebih dan juga kurang dekat berbanding dengan kelas kami yang biasa, yang sangat ganjil, tetapi berasa istimewa apabila kita semua berada di tempat masing-masing."
"Dengan infrastruktur yang betul, terdapat banyak potensi untuk meningkatkan dan mendemokrasikan pendidikan." —Ezio Blasetti
Untuk semua kelebihan dan kelemahan pendidikan teragih sekarang, Blasetti melihat potensi pengembangannya. "Perbualan tentang kelayakan adalah penting, dan ya, ramai orang di dunia tidak mempunyai akses kepada komputer atau internet. Tetapi daripada hanya berkata bahawa itu merupakan kelemahan teknologi, saya rasa kita harus mengutamakan usaha meningkatkan ketersebaran teknologi dengan cara yang lebih berkesan kos."
"Dengan infrastruktur yang betul, terdapat banyak potensi untuk meningkatkan dan mendemokrasikan pendidikan," kata Blasetti. "Terdapat eksperimen yang dijalankan sekarang, yang orang sedang mengaturkan pengehosan kelas sendiri, tidak kira tempat semua orang, dengan terjemahan ke dalam 40 bahasa yang berbeza. Profesor juga tidak tahu jumlah orang yang memasuki ruang. Apabila anda memikirkan tentang orang di zon perang yang menyertai kelas dalam talian, anda boleh membayangkan kehidupan yang amat berlainan. Pendidik sebenarnya telah membincangkan hal ini selama bertahun-tahun, tetapi dengan keadaan pandemik sekarang, konsep ini telah menjadi lebih nyata."
***
Christina Han, M.D. amat kecewa dengan maklumat salah yang diterima oleh pesakitnya. Sebagai pakar perubatan yang merawat kehamilan berisiko tinggi dan Profesor Madya di UCLA School of Medicine, beliau tidak boleh hanya duduk diam sementara kekeliruan dan perkara palsu tentang keadaan COVID-19 disebarkan dalam internet.
"Sekarang kita perlu membiarkan sains memimpin kita, dan saya rasa perkongsian maklumat secara luas, berkesan dan dengan cara yang teratur adalah penting." —Christina Han, M.D.
Kepakaran Hans ialah perubatan ibu janin, dan baru-baru ini menyiarkan folder Dropbox awam dengan penerbitan, garis panduan dan persembahan tentang kehamilan semasa pandemik. "Saya sudah lama menggunakan Dropbox secara peribadi dan secara profesional," katanya. "Ia merupakan cara yang mudah dan paling berkesan untuk menyimpan folder dan dokumen yang boleh diakses oleh rakan sekerja, pelatih dan pesakit saya dalam masa nyata. Saya tidak pernah berfikir untuk berkongsi folder Dropbox secara awam yang telah saya lakukan, tetapi ia merupakan cara yang mudah untuk saya menyampaikan maklumat terperinci kepada orang ramai."
[Masukkan imej]
"Sebagai seorang penyelidik, klinisian dan penyokong kesihatan awam, saya berasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan sains pada masa yang orang sangat bimbang tentang kesihatan mereka sendiri dan orang di sekeliling mereka," kata Hans. "Sekarang kita perlu membiarkan sains memimpin kita, dan saya rasa perkongsian maklumat secara luas, berkesan dan dengan cara yang teratur adalah penting."
School of Design RIT merupakan antara yang terbaik di negara, dan dinanti-nantikan oleh pereka komersial. Oleh itu, mungkin tidaklah begitu hairan untuk Pembantu Profesor RIT, Miguel Cardona— penyokong Dropbox, Slack, Figma dan Zoom selama bertahun-tahun—bahawa peralihan kepada pendidikan teragih adalah agak lancar.
"Bahagian kami telah lama berasa bahawa ketangkasan adalah penting," kata Cardona. "Tiada sesiapa yang dapat meramalkan situasi ini, tetapi untungnya kita sudah mempunyai kelebihan dalam perbincangan, perkongsian dan bekerjasama dalam talian."
Cardona, yang merupakan pengguna Dropbox Paper sejak tahun 2016, mengaturkan semua agenda kelasnya, kehadiran, tugasan pelajar, pautan fail Figma dan Dropbox, maklum balas projek, dan malah juga emoji kegemaran pelajarnya dalam Paper. "Penempatan fail reka bentuk di tempat yang sama dengan maklum balas adalah baik. Jadi pelajar boleh melalui titik demi titik dengan konteks yang betul."
Beliau mendapati perisian ini terutamanya berguna untuk kelas yang besar, walaupun sebelum melandanya pandemik: "Dalam kelas yang besar, pelajar bukan selalu mendapat peluang untuk memberikan maklum balas lisan, dan mereka juga cenderung untuk mendiamkan diri dalam persekitaran yang lebih besar. Dengan Paper, mereka boleh berkongsi idea dalam masa nyata, semasa pelajar sedang membuat pembentangan."
Integrasi Dropbox dengan alat seperti Zoom dan Slack juga telah membantu dalam peralihan tersebut. "Amatlah berguna untuk mempunyai sandaran kuliah melalui Zoom semasa keadaan COVID-19. Saya telah dapat menukar daripada kelas bersemuka kepada kelas dalam talian tanpa apa-apa masalah. Semua pelajar sudah tahu cara penggunaan dan berasa sedia dan yakin tentang perkara yang mereka lakukan," kata Cardona.
"Kami menggunakan format ini untuk membuat konsep kursus lebih boleh diakses pada masa yang kami tentukan semula maksud sebenar 'kelas'." —Miguel Cardona
Cardona juga melihat kelebihan pendidikan teragih melebihi sekadar mengikut ketetapan penjarakan sosial. "Salah satu sebab saya menggunakan Dropbox Paper dalam kelas saya adalah untuk kebaikan pelajar pekak dan lemah pendengaran. Jika saya melakukan demo, lebih baik untuk saya menyalin tangkapan skrin dan meletakkannya dalam dokumen Paper dengan komen. Semasa kami mengadakan kelas dalam talian, pelajar-pelajar tersebut juga boleh mengikut bersama dan menyiarkan soalan. "Kami menggunakan format ini untuk membuat konsep kursus lebih boleh diakses pada masa yang kami tentukan semula maksud sebenar 'kelas'."
"Saya juga mempunyai pelajar antarabangsa, jadi penciptaan persekitaran teragih ini adalah bermanfaat untuk mereka, semasa mereka menangani ketakpastian dan kesan perjalanan balik ke kampus," kata Cardona. "Tiada sesiapa mengharapkan bahawa pandemik ini berlanjutan lagi. Tetapi saya rasa keperluan akan meningkatkan daya inovasi, dan banyak pendidik telah mencari daya tersebut sejak sekian lama."
Pendidikan teragih bukanlah sempurna. Pelajar, pihak fakulti dan ibu bapa di seluruh dunia pasti tidak sabar menantikan pembukaan semula sekolah, terutamanya untuk kanak-kanak muda. Tiada seorang daripada pendidik di atas akan mencadangkan pendidikan teragih sebagai cara penggantian sepenuh masa untuk pembelajaran secara bersemuka, untuk orang yang dapat melakukannya. (Tidak bermaksud boleh juga dilakukan—walaupun dengan matlamat peningkatan teknologi, hanya 60% daripada populasi di dunia dalam berada dalam talian.)
Tetapi perkara yang sama dalam ketiga-tiga kisah adalah bahawa semangat mereka untuk teknologi ialah keinginan mereka untuk membuat pengetahuan lebih boleh diakses oleh orang. Dalam keadaan huru-hara pandemik ini, pendidik dipaksa menyesuaikan diri dengan model baru, dan secara sedar atau tidak, memikirkan cara untuk menjangkau khalayak yang lebih banyak—kepelbagaian pelajar semasa mereka menjadi terserlah apabila mereka bukan berada di satu tempat fizikal yang sama.
Hari ini, pendidikan teragih sedang melakukan usahanya yang terbaik untuk mengganti pembelajaran secara bersemuka. Usaha tersebut sememangnya bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ia juga sedang diuji sebagai model jangka panjang untuk menyampaikan pendidikan kepada lebih banyak orang, tanpa mengambil kira lokasi, keperluan atau sumber mereka. Inovasi ini mungkin meninggalkan kesan yang tidak boleh dipadam untuk kelebihan orang muda yang—walaupun selepas pandemik ini berakhir—menghadapi cabaran yang kekal untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa depan pendidikan, daftar di sini untuk webinar kami yang akan datang dengan Alex Rountree, Arkitek Utama di Dropbox.