Sementara warga dunia masih merasai realiti keadaan bekerja jarak jauh, perkara ini hanyalah sebahagian daripada kerja biasa buat ahli profesional media.
Sering ada penggambaran spontan dan maklum balas saat terakhir yang dihantar dari zon waktu yang berbeza. Dan perkara menjadi semakin rumit. Aliran kerja dengan berbilang rakan jarak jauh membuat proses melihat kandungan, menghantar fail besar, menyemak maklum balas dan mengekalkan keselamatan data menjadi mencabar. Tugas tersebut juga merupakan bahagian penting dalam proses kreatif baru yang lebih bergantung pada kerja teragih. Kami teruja untuk menyelesaikan perkara itu. Kami telah menyediakan beberapa penyelesaian mudah yang tertumpu pada pembetulan masalah yang menjengkelkan dalam aliran kerja kreatif anda. Tidak kira sama ada anda merupakan seorang penerbit yang cuba mendapatkan kelulusan buku audio, seorang eksekutif pemasaran yang mengusahakan pelancaran produk, seorang rakan niaga pembelajaran dan pembangunan yang sedang membuat tutorial video baru, atau seorang ahli muzik atau pembuat filem yang sedang bekerjasama dengan kolaborator jarak jauh, kami pasti ada sesuatu yang terbaik untuk anda. Penambahan Alat Kreatif baru kami, yang direka bentuk khas untuk ahli profesional media merentas industri, bermatlamat untuk menghapuskan halangan dalam proses kerjasama anda dan membantu untuk merealisasikan kerja anda.
Penggunaan media semakin meningkat. Oleh sebab kita semakin bergantung pada media sosial untuk mendapatkan berita, hiburan dan perhubungan, penerbit kandungan mesti menerbitkan kandungan kepada media sosial dengan cepat dan fleksibel. Dalam penyelidikan baru-baru ini, rakan kita di Sprout Sosial mendapati bahawa, apabila diminta untuk menerangkan ciri yang menonjolkan kehadiran media sosial bagi suatu jenama, kedua-dua pihak pemasar sosial dan pengguna bersetuju bahawa "kreativiti" adalah yang paling penting. Bagi jenis kandungan yang diminati oleh pengguna pada media sosial pula, 50% menjawab bahawa mereka meminati kandungan video.
Perkara penting untuk bidang kreatif, 37% pemasar sosial mengatakan bahawa mereka memerlukan sumber khusus untuk video supaya dapat memberikan impak yang besar.
Kami telah mengumumkan perkongsian media baru, Penambahan Alat Kreatif baru dan integrasi baru untuk menangani jenis trend dan aliran kerja ini.
Pilihan kualiti muat turun
Fail audio dan video semakin bertambah besar seiringan dengan kemajuan teknologi. Dengan projek yang disampaikan dalam 4K dan tidak lama lagi 8K, kami telah menaik taraf keupayaan kami untuk menyokong format fail anda yang besar. Menunggu muat turun fail besar tersebut boleh melambatkan proses kreatif sehingga menghalang kemajuannya. Sekarang anda dan kolaborator anda boleh menukar fail besar kepada saiz yang lebih kecil (bayangkan: fail video .MXF menjadi versi H.264 yang lebih kecil), dan membolehkan anda untuk memuat turun walaupun anda mempunyai sambungan yang perlahan—atau jika anda dalam situasi yang mempunyai masa atau data terhad. Terutamanya keadaan sekarang, yang semua orang di rumah anda rata-rata menstrimkan kandungan—sama ada untuk kelas maya mahupun untuk rancangan kegemaran mereka!
Pratonton fail besar
Terdapat lebih banyak cabaran apabila bekerjasama dengan pasukan. Proses menyemak kerja dan memberikan maklum balas adalah penting, tetapi boleh menjadi rumit dan leceh apabila melibatkan media. Kami meningkatkan pratonton fail supaya sesuai dengan fail besar. Sekrang anda boleh menstrimkan dan mempratonton fail video sehingga 150 GB terus dalam Dropbox. Kongsi dan bekerjasama dengan berbilang penyemak tanpa perlu memuat turun fail audio dan video atau memiliki aplikasi asal. Apabila video memerlukan beberapa bahasa atau runut audio yang berbeza, anda boleh memilih antara berbilang runut dalam satu video dan pratonton seperti yang diperlukan tanpa memuat turun. Anda juga boleh melihat dan mengkonfigurasi runut dalam stereo serta membolehkan dan melumpuhkan komponen audio, tanpa meninggalkan Dropbox.
Komen tepat pada rangka
Sebagai ahli profesional media, anda mungkin akan menghabiskan banyak masa bekerjasama dengan orang lain pada fail video. Pemberian dan penerimaan maklum balas pada video boleh menjadi rumit—menghantar e-mel tentang pengeditan ke sini dan ke sana, cuba mendapatkan kod masa yang sebaik mungkin. Kami telah memperkenalkan pemberian komen tepat bingkai, yang membolehkan anda dan kolaborator anda membuat komen tepat pada bingkai bersama dengan video terus dalam Dropbox. Tag ahli pasukan, klien dan vendor untuk memaklumkan mereka tentang komen anda agar projek terus berjalan. Jenis fail video yang paling biasa digunakan adalah disokong, termasuk QuickTime, MPEG-4, dan MXF.
Pemindahan fail besar
Sudah bersedia untuk menghantar video resolusi penuh atau aset kempen iklan akhir? Kami telah meningkatkan Dropbox Transfer. Anda boleh berkongsi fail dengan selamat sehingga 250 GB (sebelum ini 100 GB) tanpa menggunakan ruang dalam Dropbox anda—dan mengelakkan keperluan untuk menghantar pemacu keras atau kekunci USB yang besar. Anda boleh menjejak orang yang membuka fail, dan penerima tidak perlu mempunyai Dropbox untuk mengakses dan melihat fail.
Semua ciri ini direka untuk mempercepatkan proses kreatif anda, dan bukan itu sahaja. Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah mengembangkan ekosistem rakan niaga kami. Kini, anda boleh mengalihkan kreatif anda daripada pengeluaran kepada penyampaian silang media dengan hanya beberapa klik dengan Dropbox dan Adstream. Kekalkan kandungan tersusun, lihat aset Dropbox, dan strukturkan kandungan berdasarkan metadata, semua dalam pustaka Adstream.
Jadi, teruskan mencipta mengikut kesenangan anda. Anda dan kolaborator anda boleh melihat, memberikan komen dan berkongsi media anda. Kami akan terus menginovasi bagi memenuhi keperluan anda supaya anda boleh fokus pada kerja kreatif anda. Tanpa kira apa-apa sahaja, daripada treler filem sehingga video demo produk, Dropbox berada di sini, sedia untuk menyokong proses kreatif anda.
Kini pratonton fail besar, komen tepat pada rangka dan penghantaran fail besar tersedia, dengan ciri Penambahan Alat Kreatif lain untuk diikuti. Ketahui lebih lanjut.
Harap maklum: Produk atau ciri yang diterangkan di atas mungkin belum dikeluarkan lagi, maka waktu dan fungsi yang sebenar boleh berubah daripada perkara yang dikongsikan di sini. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami sepatutnya dibuat berdasarkan ciri yang tersedia pada masa ini.