Perkemaskan aliran kerja jualan anda dan tiba di garisan penamat dengan lebih cepat
Bergerak pantas dan kompleks, dunia jualan menuntut teknologi yang boleh bersaing. Itulah Dropbox. Jadi, hentikan pembaziran masa mencari helaian harga dan dek pembentangan dengan terburu-buru: Daripada e-mel jangkauan pertama hinggalah tandatangan terakhir, kami ada segala-gala yang anda perlukan.
Dropbox menjadikan kehidupan mudah untuk pasukan jualan

Pastikan jurujual fokus pada penjualan

Perkemaskan aliran kerja jualan anda

Dapatkan tandatangan dengan lebih cepat
Lengkapkan jurujual anda dengan segala-gala yang mereka perlukan
Anda tidak tahu bila bakal pelanggan akan datang. Sama ada anda berada di pejabat, di jalan raya, atau di mana-mana sahaja; berbaloi untuk bersedia untuk apa sahaja. Dropbox memudahkan anda untuk memastikan jurujual anda dimaklumkan dengan segala-gala yang mereka perlukan.

Beri setiap jurujual akses ke aset jualan serta-merta

Pastikan semua orang selalu mendapat maklumat terkini dan termaklum

Dapatkan segala-gala yang anda perlukan, semuanya di satu tempat
Pastikan kitaran jualan anda terus bergerak
Apabila kelewatan boleh menjadi perbezaan antara mendapat atau kehilangan prospek, aliran kerja yang lancar boleh memberi makna segala-galanya. Dibina dengan menjadikan kerjasama sebagai perkara utama, Dropbox menjadikannya mudah untuk pasukan berfungsi sebagai satu pasukan dan mendapatkan cadangan itu.
Berikan tanggapan pertama yang penting
Ikuti perkembangan kemajuan dalaman pada harga, cadangan dan banyak lagi
Ucapkan selamat tinggal kepada kelewatan yang mengecewakan
Membuat penyerahan bersih daripada jualan kepada pengurusan akaun
Perhatikan perkara yang menarik perhatian prospek dengan DocSend
Lindungi dan selamatkan maklumat anda
Tiba di garisan penamat (bertitik) dengan lebih pantas
Apabila anda telah melakukan semua kerja untuk mencapainya, perkara terakhir yang anda perlukan ialah kelewatan di peringkat akhir. Dengan keupayaan e-TandatanganDropbox, memperoleh jualan tidak pernah begitu ringkas dan memuaskan.
Percepatkan titik kritikal dalam proses anda
Gunakan e-Tandatangan untuk segala-galanya: daripada NDA dan skop kepada cadangan akhir dan harga. Cipta templat siap guna (turnkey) untuk dokumen yang anda gunakan dalam setiap tawaran, membenarkan anda membuat kontrak sedia tandatangan dalam masa yang singkat.

Pecahkan cerutan yang menyekat tawaran
Jejak komen atau soalan tentang dokumen penting, dengan peringatan dan pemberitahuan terbina dalam untuk meningkatkan kadar pelengkapan.

Bertindak balas terhadap perubahan yang tidak dijangka dalam sekelip mata
Tambahkan penandatangan dengan mudah, hantar semula perjanjian berserta perubahan, dan agihkan tugas tandatangan kepada orang yang betul. Adalah baik untuk sentiasa bersedia jika keadaan berubah atau anda membuat kesilapan.

Optimumkan proses jualan anda dan dapatkan kontrak ditandatangani tanpa meninggalkan Salesforce
Dengan Dropbox Sign untuk Salesforce, pasukan jualan anda boleh mencipta, menghantar dan menandatangani perjanjian daripada alat yang telah mereka gunakan.


Alatan seperti Dropbox telah membantu menjadikan kerja jarak jauh normal baharu yang lancar bagi pasukan kami.
Soalan lazim
Apakah aliran kerja jualan?
Aliran kerja jualan ialah satu siri langkah berulang yang melaluinya pasukan jualan mengalihkan bakal pelanggan daripada kenalan awal hingga berjaya memperoleh jualan akhir. Contoh langkah mungkin termasuk mencari prospek, memaparkan nilai dan mengendalikan bantahan. Dengan mempunyai aliran kerja jualan, pasukan boleh memastikan bahawa setiap jurujual tahu dengan tepat cara mendekati setiap bakal pelanggan, meningkatkan kedua-dua ketekalan dan kecekapan jabatan.
Bagaimanakah Dropbox boleh membantu meningkatkan aliran kerja jualan?
Dropbox memudahkan untuk mengakses fail dan templat biasa, dan juga perkongsian dokumen dengan lancar. Ini berfungsi seiring dengan proses aliran kerja jualan, membenarkan pasukan mencipta fail khusus untuk setiap langkah, yang kemudiannya boleh diakses oleh wakil jualan pada bila-bila masa mereka memerlukannya.
Adakah Dropbox mempunyai fungsi e-Tandatangan?
Dengan Dropbox Sign anda boleh meminta dan menambah tandatangan yang sah di sisi undang-undang pada kontrak pelanggan secara elektronik. Ini boleh membantu mempercepatkan proses tandatangan sebaik sahaja cadangan jualan anda diterima dan anda bersedia untuk memenangi urus niaga tersebut.