Jayakan kempen anda dengan kerjasama jarak jauh yang sebenar
Daripada strategi sehinggalah penyampaian kempen, perkemaskan keseluruhan proses pemasaran anda dan singkirkan kesukaran dalam proses semakan kreatif. Dropbox membolehkan anda berkongsi fail dan maklum balas dalam satu ruang kolaboratif, jadi tiada apa-apa yang tercicir dan terlepas.




Tiada lagi kesukaran. Dropbox ialah ruang tunggal untuk keperluan kerjasama kandungan pasukan anda. Kongsi segala-galanya daripada agenda mesyuarat dan kerangka besar projek sehinggalah penyampaian kreatif yang terakhir.
Pasukan yang menggunakan Dropbox boleh meningkatkan produktiviti mereka dengan kerjasama mudah dan perkongsian fail selamat, dalam pasukan dan juga dengan rakan niaga agensi.

E-mel berulang-ulang, pengeditan bercanggah atau pendua dan kekeliruan umum—semuanya menambahkan kekecewaan untuk anda dan agensi anda semasa menyemak kreatif. Sudah tiba masanya untuk memudahkan proses. Dropbox memudahkan pengumpulan maklum balas kreatif. Bekerjasama, kongsi dan edit bersama rakan sekerja di satu tempat yang teratur.
Pada zaman yang kerjasama jarak jauh lebih penting berbanding dengan sebelum ini, Dropbox memudahkan kerja antara pasukan, agensi dan zon waktu yang berbeza.
Dropbox memperkasakan pasukan merentas agensi untuk memusatkan kerja mereka semua di satu tempat. Hal ini bermakna anda boleh mengurangkan masa mengurus kandungan dan meluangkan lebih banyak masa untuk bekerjasama. Akses semua fail penting anda seperti PDF, Google Docs dan JPEG—serta alat yang disambungkan seperti Slack dan Zoom—tanpa meninggalkan Dropbox.


Soalan lazim
Apakah aliran kerja kreatif?
Aliran kerja kreatif ialah proses yang pasukan pemasaran dan rakan niaga agensi mereka bekerjasama untuk menjana idea, membangunkan kandungan, maklum balas dan melancarkan produk kreatif akhir.
Apakah manfaat alat kerjasama?
Dengan alat kerjasama digital, pasukan boleh bekerja dalam fail yang sama secara serentak, pada masa yang sama. Hal ini menghasilkan proses yang lebih diperkemas, menyingkirkan kerumitan kawalan versi dan mempunyai keselamatan fail yang lebih baik.
Bagaimanakah kerjasama jarak jauh berfungsi?
Kerjasama jarak jauh ialah proses penglibatan sebagai satu pasukan dari mana-mana sahaja di dunia. Atas jasa teknologi awan, kerjasama serentak pada fail boleh dilakukan tanpa membawa rakan sekerja atau rakan niaga agensi ke dalam ruang yang sama.
Bagaimanakah anda memindahkan fail yang sangat besar yang terlalu besar untuk dilampirkan dalam e-mel?
Dengan Dropbox Transfer, anda boleh berkongsi sehingga 100GB fail dalam satu pemindahan, dengan kawalan lanjutan untuk keistimewaan akses, pemberitahuan penghantaran dan banyak lagi.