Bekerja dari mana sahaja

Bekerja dengan kandungan, peralatan dan ahli pasukan anda terus dari Dropbox. Segala-galanya berada di satu tempat dan boleh diakses dari mana-mana peranti, lantas memudahkan anda bekerja dari rumah.

Cuba secara percuma

Susun kandungan dan
selaraskan pasukan anda

Cipta, simpan dan kongsi semua fail anda, termasuk fail Google Docs, Sheets, and Slides, Microsoft Office, Dropbox Paper, PDF dan banyak lagi—semuanya di dalam Dropbox, agar semua orang boleh mengakses segala-galanya.

Perkemaskan cara anda bekerja

Dropbox Spaces menjadikan kerja jarak jauh sesuatu yang mudah. Spaces menukar folder kongsian agar PowerPoints anda boleh berada di sebelah Google Docs, papan Trello anda dan apa-apa peralatan harian yang ingin digunakan oleh pasukan anda.

Bekerjasama dengan pasukan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Bekerja dengan cekap bersama-sama, walaupun semasa anda bekerja dari rumah. Kongsi fail dan akses kandungan pasukan dengan mudah dari komputer, peranti mudah alih atau mana-mana pelayar web.

Gunakan peralatan komunikasi kegemaran anda

Komunikasi jarak jauh tidak pernah selancar ini. Mulakan perbualan Slack atau tambah, sertai atau mulakan mesyuarat Zoom dengan segera—secara terus dari Dropbox.

Yakinlah bahawa data
anda dilindungi

Infrastruktur selamat dan teragih—serta peralatan pentadbiran untuk kawalan dan penglihatan—memastikan data syarikat anda selamat dalam Dropbox.

Sertai 450,000 perniagaan yang menggunakan Dropbox

Bekerja dari mana sahaja