Skip to content (Press Enter)

Cara untuk merancang belanjawan isi rumah

Menguruskan rumah boleh menyebabkan tekanan, terutamanya menguruskan kewangan. Berikut merupakan cara untuk tetap teratur dari segi belanjawan isi rumah anda.

true

Kewangan peribadi adalah suatu kemahiran

Sama ada anda berjimat untuk percutian musim panas atau menyimpan wang untuk kecemasan, kewangan peribadi harus sentiasa diutamakan apabila membincangkan tentang isi rumah anda. Mencipta tabiat perbelanjaan yang positif dan melaksanakan belanjawan peribadi ialah kemahiran hidup yang patut diketahui semua orang, termasuklah kanak-kanak. Perkenalkan beberapa tip belanjawan ini dalam rumah anda, untuk menjadi teladan yang baik kepada anak anda dan memudahkan hidup anda.

Ambil tahu tentang aliran tunai anda

Anda mungkin menganggap istilah seperti "aliran tunai" dan "perbelanjaan" hanya digunakan dalam pejabat, tetapi bijak menguruskan wang bersifat sejagat, sama ada anda menjalankan perniagaan atau memastikan keluarga anda tidak berbelanja berlebihan. Memiliki pemahaman yang jelas tentang dana yang anda bawa masuk setiap bulan dan wang yang anda bayar adalah penting. Anda tidak boleh menguruskan belanjawan jika anda tidak tahu belanjawan sebenar anda.

Sekiranya sukar untuk anda mengingati semua ini, cuba gunakan Excel untuk membuat lembaran kerja belanjawan. Lebih baik lagi, simpan maklumat ini dalam dokumen dalam talian yang selamat, agar anda boleh mengaksesnya di mana-mana jua dan mengemas kini maklumat apabila keadaan kehidupan anda berubah. Berikut merupakan perkara yang mungkin anda mahu senaraikan:

  • Pendapatan bulanan (gaji bersih anda dan mana-mana sumber pendapatan yang lain)
  • Bayaran balik kad kredit (angka anggaran)
  • Premium insurans yang perlu dibayar (insurans kesihatan, insurans kereta, insurans nyawa, dll)
  • Bayaran balik gadai janji atau sewa
  • Pinjaman pelajar (jika ada)
  • Pelan telefon bimbit
  • Perbelanjaan sara hidup (purata perbelanjaan barang runcit dan utiliti anda setiap bulan)
  • Kos perjalanan kereta atau belanjawan pengangkutan awam
  • Penjagaan anak/keahlian gim, dll.
  • Simpanan/tabung kecemasan (wang yang ingin anda simpan setiap bulan tanpa gagal)

Sebaik sahaja anda menolak jumlah perbelanjaan daripada gaji anda, maka anda ada gambaran yang lebih jelas akan pendapatan boleh guna anda yang tinggal.

Bersikap realistik tentang jangkaan simpanan anda

Sudah tentulah kita semua ingin menyimpan $1,000 setiap bulan, tetapi ini tidak realistik bagi kebanyakan orang. Tetapkan belanjawan dan pelan perbelanjaan yang boleh dicapai. Sekiranya anda ingin menyimpan $400 tetapi anda mendapati sentiasa menggunakannya untuk melangsaikan bil bulanan anda, maka anda akan mula berfikir anda berbelanja secara berlebihan dan mula merasakan tekanan akibatnya. Hakikatnya, $300 dalam simpanan sudah tentulah sesuatu yang boleh dibanggakan dan anda tidak sepatutnya berasa bersalah kerana perlu membayar bil anda.

Perhatikan perbelanjaan anda

Mengetahui perkara yang boleh dijimatkan adalah sama pentingnya dengan mengetahui perkara yang boleh dibelanjakan. Kita semua berfikir untuk membelanja diri sendiri secara kecil-kecilan dan hal ini tidak ada bezanya, tetapi perbelanjaan kecil ini bertambah dengan cepat. Apabila anda menetapkan belanjawan bulanan anda, bersikap jujur tentang perbelanjaan anda. Jika anda tahu anda akan membelanjakan $20 seminggu untuk makan luar, maka masukkannya atau mungkin anda membelanjakan $20 untuk tinggal di rumah dan perkhidmatan penstriman. Jangan tinggalkan apa-apa pun apabila anda mencipta gambaran ringkas mengenai kewangan rumah anda.

Lihat sama ada bank boleh membantu

Banyak platform perbankan dalam talian membenarkan anda menetapkan matlamat simpanan dan akan menghantar e-mel amaran kepada anda jika anda berisiko mengeluarkan wang secara berlebihan. Semak dengan bank anda untuk melihat jika anda boleh mencipta matlamat yang tetap atau mengehadkan perbelanjaan anda, agar anda mempunyai sepasang lagi mata untuk memantau wang yang keluar akaun anda setiap minggu. Jika bank anda tidak membenarkan fungsi ini sekali pun, banyak apl perbelanjaan lain yang ada. Sebaik sahaja anda memupuk tabiat menjejak perbelanjaan anda, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang perbelanjaan anda dari bulan ke bulan.

Jangan kehilangan dokumen anda

Apabila musim pengiraan cukai tiba, lazimnya anda pasti berharap anda lebih teratur dengan dokumen anda sepanjang tahun. Dengan pengimbas dokumen , anda boleh sahaja menangkap gambar dan menukar semua kertas kerja anda kepada digital dengan mudah. Simpan gambar dengan selamat dalam folder Dropbox atau kongsi dengan pautan dilindungi kata laluan dan anda akan lebih teratur dalam masa yang singkat.

Berapakah sepatutnya belanjawan bulanan saya?

Belanjawan bulanan anda harus sentiasa mampu menampung perbelanjaan penting anda. Jadi, jika gaji anda $1,500 sebulan dan perbelanjaan anda berjumlah $1,100, ini bermakna anda ada $400 lagi untuk dibelanjakan tanpa berhutang. Jika anda mahu menyimpan $200 maka anda cuma tinggal $200. Sudah tentulah, lebih kecil belanjawan anda, lebih sukar untuk mengikutnya. Secara umumnya, lebih baik untuk membuat anggaran berlebihan pada perbelanjaan anda daripada membuat anggaran kurang. Lagipun, pengurusan hutang adalah lebih sukar daripada mengikuti belanjawan.

Terdapat teknik belanjawan berbeza yang boleh anda gunakan untuk memastikan anda mempunyai tabiat kewangan yang sihat, seperti:

Peraturan 50/30/20

Program belanjawan 50/30/20 yang dicipta oleh Elizabeth Warren ini memecahkan kewangan anda kepada "keperluan" (sewa, bil, dll), "kehendak" (hobi, beli-belah, dll) dan "simpanan." Ini bermakna semua "keperluan" anda harus 50% daripada pendapatan keseluruhan anda, yang mungkin bermakna mengurangkan perbelanjaan barang runcit atau mencari tawaran utiliti yang lebih murah. "Kehendak" anda sepatutnya mengambil 30% daripada pendapatan anda dan "simpanan" anda sepatutnya mengambil 20%. Memiliki matlamat yang tetap sebegini boleh memberikan struktur dan jaminan kepada masalah pengurusan kewangan anda. Matlamat ini juga agak fleksibel, kerana menetapkan 30% daripada belanjawan anda bagi perbelanjaan tidak penting bermakna anda boleh sahaja menambah 10% lagi pada peruntukan simpanan anda.

Kaedah Sampul Surat

Ini merupakan pilihan yang baik untuk orang yang lebih gemar menguruskan wang mereka dengan sendiri kerana ini merupakan sistem simpanan berasaskan wang tunai. Walaupun kaedah ini mungkin membantu sesiapa yang belum dapat menyesuaikan diri dengan cara perbelanjaan tanpa tunai, ini bermakna anda tidak dapat menikmati jaminan kad debit atau kredit. Akan tetapi, kajian menunjukkan bahawa anda kurang cenderung untuk berbelanja jika anda membayar secara tunai.

Kaedah ini membuatkan anda menetapkan belanjawan anda dalam sampul surat, satu untuk barang runcit, satu untuk hobi, dll. Anda membawa sampul surat yang ditetapkan bersama anda setiap kali anda pergi ke kedai, ke wayang atau keluar makan. Apabila wang tunai sudah habis, maka tamatlah dan anda tidak boleh berbelanja sehinggalah hari gaji. Ini memberikan pemahaman yang sangat jelas tentang baki wang anda kerana wang itu ada dalam tangan anda.

Bagaimanakah untuk berjimat bagi belanjawan isi rumah saya?

Terdapat beberapa cara anda boleh mengurangkan perbelanjaan harian anda, termasuklah:

  • Mencari jenama yang lebih murah di pasar raya
  • Mencari tawaran yang lebih murah bagi tenaga elektrik
  • Mempertimbangkan "kemewahan" yang anda tidak perlukan

Bercakap tentang kemewahan–berapa banyak yang anda ada? Misalnya, Internet adalah sebahagian penting mana-mana rumah, tetapi adakah anda membayar peruntukan data yang tidak diperlukan sebenarnya? Kelajuan yang diperlukan oleh rumah yang merangkumi karyawan bebas dan pemain video tegar adalah lebih tinggi berbanding yang diperlukan oleh keluarga muda, misalnya. Buat kajian sendiri dan pastikan anda mendapat nilai terbaik untuk wang anda.

Jadilah celik kewangan

Pengetahuan sememangnya penting dalam hal belanjawan isi rumah anda. Adakan gambaran yang jelas dan tepat tentang pendapatan dan perbelanjaan anda serta jangan abaikan alat digital yang berguna—jika alat ini boleh digunakan di pejabat anda, maka alat tersebut juga boleh digunakan untuk rumah anda. Dropbox membolehkan anda menyimpan resit, dokumen kewangan dan belanjawan di satu tempat yang mudah diakses. Dengan pelan Dropbox Family, anda boleh mendapatkan alatan tambahan untuk memudahkan perkongsian dan perlindungan family belanjawan anda. Ini bermakna, walaupun anda memilih sistem simpanan berasaskan tunai seperti kaedah sampul surat, anda masih boleh mengadakan jejak digital perbelanjaan anda dan pemahaman yang jelas tentang aliran wang tersebut. Menyimpan lembaran kerja belanjawan dan dokumen kewangan bersama Dropbox akan membolehkan anda melihatnya pada pelbagai peranti, berkongsinya dengan mudah bersama teman sebilik dan keluarga anda serta paling penting sekali, tetap membuat kemajuan.

Ikuti perkembangan belanjawan anda

Bandingkan pelan