Skip to content (Press Enter)

Cara Dropbox membantu jenama seltzer keras ini menyerlah

Big Country Organic Brewing Co. telah membuat serlahan sebenar di Austin, Texas—dan bergantung pada Dropbox Replay dan Dropbox Capture untuk memastikan media sosialnya sentiasa bersemangat.

Big Country Organic Brewing Co. bergantung pada produk Dropbox untuk memastikan media sosialnya sentiasa bersemangat

Mula berkembang di kampung halaman mereka di Austin, Texas, Big Country Organic Brewing berbangga kerana mereka unik: Mereka mengeluarkan seltzer keras di satu-satunya kilang bir organik di negeri itu.

Big Country telah memanfaatkan sepenuhnya bekalan kreatif Austin yang luas, menggunakan empat firma pemasaran berbeza untuk memeriahkan jenama bersemangat mereka. Salah satu firma tersebut termasuk pengguna setia Dropbox, Faceplant, iaitu sebuah agensi kreatif sosial tempatan.

Oleh sebab mereka bekerja dengan begitu ramai rakan niaga, pasukan Big Country perlu menyimpan semua perbualan dan bahan mereka di satu tempat–dan perlu memastikan mereka mengusahakan versi kempen, video atau aset media sosial yang sama. Tibalah giliran Dropbox untuk membantu. Dropbox memastikan kerjasama selancar mungkin dalam bidang jualan, pengeluaran dan pemasaran. Kami membantu memastikan idea-idea itu mengalir dengan bersemangat seperti seltzer.

Begini caranya Big Country dan Faceplant berkongsi, mencipta dan berkomunikasi dengan lebih pantas dan lebih mudah, semuanya atas jasa produk Dropbox.

Beli-belah sehenti

CJ Vinson dan Chloe Cerami di pejabat Faceplant

Big Country boleh mengakses semua kandungan yang mereka terima daripada Faceplant dalam Dropbox. "Kami menyimpan semua bahan hantaran kami dalam folder Dropbox untuk setiap klien," kata Cj Vinson, pengasas bersama dan pengarah kreatif Faceplant. "Dropbox menyelaraskan proses melalui arkib, dan klien kami suka apabila mereka mempunyai akses kepada semua kandungan yang kami berikan kepada mereka."

Semua orang bersependapat

Versi fail yang bercampur aduk boleh membebankan semua pasukan, walaupun jika mereka antara yang paling teratur. Atas jasa Dropbox, semua orang boleh menjejaki fail yang berkaitan dengan mudah tanpa perlu tercari-cari. Seperti yang dijelaskan oleh Chloe Cerami, pemilik bersama dan pengarah kreatif Faceplant, "Kami tahu ada ahli pasukan kami membuat nota pada versi tiga kerana nota itu ada dalam Dropbox, dan kini kami boleh menanganinya dalam versi empat. Dropbox menjadikan segala-galanya lebih selaras.”

Tidak pada waktu yang sama tetapi masih selaras

telefon bimbit di tangan

Vinson menghargai kecekapan penyimpanan awan Dropbox. Setelah lama bergantung pada kerja menggunakan cakera keras di agensi sebelumnya, "Sentiasa akan terjadi keadaan yang seseorang memegang cakera keras utama, kemudian orang lain akan mempunyai cakera keras yang kedua, dan mereka membuat suntingan, jadi sekarang kedua-dua cakera keras itu tidak sama, dan kami perlu memastikan kandungan itu selaras,” katanya. Selain itu, pasukan hibridnya suka apabila mereka boleh mengakses fail sama ada ketika mereka berada di pejabat atau bekerja dari jauh. 

Sampaikan maksud dengan lebih pantas menggunakan memo video

Dropbox Capture pada skrin

Cerami dan Vinson berhubung dengan klien dengan pantas dan mudah dengan merakam video pada Dropbox Capture, alat tangkapan skrin video yang membolehkan mereka menambah konteks video pada imej atau video.

“Saya boleh merakam video yang satu atau dua minit sahaja. Capture sangat menjimatkan masa saya,” kata Cerami. "E-mel boleh menjadi sangat mengelirukan. Sebaliknya, saya boleh menunjukkan, contohnya, fail Illustrator kepada pereka bentuk dengan bahagian yang saya mahu mereka ubah– dan mereka sentiasa boleh merujuk video itu sendiri.”

Capture juga telah membantu Cerami dan Vinson mengurangkan mesyuarat. Daripada cuba mencari masa yang sesuai untuk semua orang, mereka berkongsi idea mereka dalam video yang boleh ditonton oleh klien mengikut keselesaan mereka dan menunjukkan kepada pihak pembuat keputusan yang lain. “Sungguh luar biasa jumlah masa kami dapat jimatkan,” kata Vinson. 

Dropbox Replay ialah satu keajaiban

Cerami dan Vinson merupakan peminat setia Dropbox Replay. Mereka suka ciri-ciri meninggalkan nota pada garis masa, meluluskan pangkasan atau menanda untuk semakan dan mengetahui versi yang mereka lihat dengan cepat, semuanya pada skrin yang sama. Ia juga menyelaraskan maklum balas dan kelulusan. "Dapat menambah semua nota itu dan meluluskan segala-galanya dalam Replay adalah sungguh baik sekali," kata Vinson.

Klien mereka mendapati kerja menjadi lebih mudah, dengan menggunakan set produk pintar. Seperti yang dikatakan oleh Bill Gillies, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Big Country, "Sangat bagus kami dapat bergantung pada Dropbox untuk membantu membawa kami maju kepada peringkat seterusnya."

Terokai Dropbox untuk pasukan anda

Mulakan percubaan percuma anda